Sunday, November 25, 2012

Pada 2.5.2012 pukul 11 pagi, aku telah dibuang dari University Vongola kerana aku telah memukul anak kepada ketua di university itu, hehehe aku pukul anak ketua university tu sebab dia tu poyo sangat sampai beli fon blackberry pun nak berlagak lebih lepas tu sapa2 yang ada barang2 murah seperti fon nokia,kasut bawah harga dari 200 dan lain2 dia akan hina dan kutuk habis-habisan sampaikan kawan baik aku menangis disebab kan kena hina oleh lelaki tu. Aku pun geram lah pasal tu dan terus pergi jumpa lelaki tu tapi bila aku baru tumbuk muka lelaki tu, dah pulak dah 5gigi lelaki tu patah disebab kan itu lah aku kena buang dari university Vongola tu

Esoknya, pagi tu aku jalan2 lah kat Gangnam sebab dah dibuang dari University tiba2 ada seorang lelaki tegur aku

Lelaki : Kau ni aku tengok macam seorang  mahasiswa je dan kau seolah-olah macam dibuang je dari university tu

Aku   : Eh! macam mana aaa..aaa.aa ni nak panggil apa ni pak cik atau atuk??

Lelaki : Haram jadah betul! Muka macam aku ni kau boleh fikir aku ni atuk, panggil je aku pak cik. Kau nak tak masuk ke Kpop Vampire University?

Aku   : Kpop Vampire University!! University tu kan sangat2 femes dan hanya orang terpilih je boleh masuk dekat universitu tu!!

Lelaki : Pak cik boleh masuk kan kau kat sana, kau nak tak?

Aku   : Mesti lah nak tapi pak cik ni sapa?

Lelaki : Nama pak cik Jang Geun Suk dan pak cik ketua di Kpop Vampire University kiranya pak cik ni pengetua lah kat sana

Aku   : J..j...j..Jang Geun Suk (aku terus jadi gagap bila dengar nama dia tu)

Jang Geuk Suk : Yap nah (serah kan sehelai kertas) kau ambil kertas ni dan isi semua maklumat kau lepas tu hantar kertas ni kat Kpop Vampire University tu tapi pastikan kau bawa semua barang2 kau macam baju,berus gigi dan lain2 ok

Aku   : Ok

Selepas aku keluar kan perkataan ok tu, Jang Geuk Suk terus meninggalkan aku di situ.Lama kelamaan Jang Geuk Suk hilang dari pandangan aku dan hujan mula turun dengan lebatnya

Aku balik ke rumah pada pukul 8 malam. Aku balik2 je ke rumah aku terus isi semua maklumat dekat kertas yang Jang Geuk Suk kasi pagi tadi itu

Pada 4.5.2012 pukul 9pagi, aku pergi ke Kpop Vampire Universiry untuk hantar kertas itu dan aku telah pun bawa barang2 aku. Aku masuk ke dalam university itu dan ''Wow" university itu sangat cantik dan besar memang tak dapat nak sampaikannya dengan kata2 sahaja. Aku pun ternampak seorang mahasiswa sedang berjalan-jalan di situ, aku pun tegur dia

Aku   : Kau! kau tunggu kejap

Mahasiswa : Yap kenapa? (pandang ke arah orang yang menegurnya)

Aku   : Boleh dah kau kasi tahu aku kat mana pejabat dalam university ni, aku nak hantar surat ni

Mahasiswa : Pejabat kat tingkat 8 abang boleh pergi pejabat melalui (tunjuk ke arah tangga) tangga di situ

Aku   : Terima kasih tapi kenapa kau panggil aku abang? Kenapa kau tak guna ayat aku kau je?

Mahasiswa : Oh tu sebab mak kite cakap kalau orang lebih tua dari kita, kita kena panggil dia abang atau kakak

Aku   : Ooo anak mak lah ni. Sapa nama kau?

Mahasiswa : Ya abang. Nama kita Dong Ho abang

Aku  : Oh haha ok semoga kita akan dapat berkawan baik nanti sebab aku pun mungkin akan menjadi mahasiswa juga kat sini

Dong Ho : Oh ok

Aku terus meniggalkan Dong Ho dan pergi ke tingkat 8 dengan secepat muking tiba2 aku ternampak seorang perempuan yang sangat cantik dan comel, Hati aku mula menjadi tak tentu arah dan tiba2 belakang aku ditolak, aku juga ditegur oleh seseorang

Mahasiswa : Hey! kau ni nak naik atau tak? Kau berdiri dekat depan2 tangga ni kenapa sampai aku nak naik pun susah?

Aku  : Oh maaf2 aku memang nak naik tadi tapi tiba2 aku ternampak seorang perempuan cantik pulak. Kau tahu tak apa nama perempuan cantik tu?


Mahasiswa : Ooo perempuan tu nama dia IU seorang perempuan yang baik dan ...

Tiba2 seorang lagi mahasiswa masuk campur dalam perbualan kami itu

Mahasiswa (2) : Dan IU tu seorang yang sangat hot sampaikan semua lelaki nak dekat dengan dia.Aku benci perempuan nama IU tu (bercakap sambil pegang novel cinta)                    

Mahasiswa (1) : Ye lah walaupun IU tu hot semua lelaki nak dekat dia tapi kau tak boleh lah benci sampai  macam tu sekali, lagipun tu semua bukan salah IU tapi salah lelaki2 tu nak sangat dekat IU
                                               
Aku  : Oh ok lah aku nak naik ke tingkat 8

Mahasiswa (2) : Tunggu kejap! Sebelum ni aku tak pernah pun tengok kau dekat sini, kau mahasiswa baru ke? Sapa nama kau?
                       
Aku : Aku belum lagi jadi mahasiswa kat sini sebab aku baru je nak hantar kertas ni dekat pejabat. Nama aku Lee Gi Kwang. Nama korang berdua apa pulak?

Mahasiswa (1) : Nama aku Lim Hyunsik

Mahasiswa (2) : Nama aku pulak bagaikan jatuh buah iaitu JB. Sekarang kau boleh pergi ke tingkat 8

Aku : Ok

Aku pun terus naik tangga ke tingkat 8 tapi tiba...

                                                     TO BE CONTINUED


       

[ 0 comments ]