Tuesday, April 23, 2013

Dan disitulah semuanya bermula. L ternampak seorang perempuan sedang menangis dan tangannya penuh dengan darah. L pergi ke arah perempuan itu lalu dia bertanya.

L: Kenapa awak menangis dan kenapa tangan awak penuh dengan darah?

Perempuan itu pandang ke arah L dalam keadaan ketakutan dan dia pun berkata

Perempuan: Awak tolong selamatkan mak saya. Tolonglah!

L terkejut apabila mendengar permintaan perempuan itu.

L: Apa yang berlaku pada mak awak dan dekat mana dia?

Perempuan: Mak saya dekar dalam tu (tunjuk jari ke arah rumah di belakang dia)

L: Dekat dalam rumah itu?

Perempuan: A, ah (cakap dalam ketakutan)

Selepas habis bercakap, L pun masuk ke dalam rumah yang perempuan itu katakan. Sebaik saja L masuk ke dalam rumah itu, L terus menutup hidungnya dengan jari sebab bau didalam rumah itu sangat busuk seperti bau bangkai/mayat.

L terus masuk ke dalam rumah itu sambil menutup hidung dengan jari. L mencari emak perempuan itu di ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tandas. Di tandas L berasa sangat pelik dan curiga sebab di singir penuh dengan air berwarna merah dan di mangkuk tandas juga pelik.

L pergi ke mangkuk tandas dan membukannya. Sebaik saja membukanya, L terus terjatuh ke lantai kerana di dalam mangkuk tandas itu ada kepala seorang perempuan yang telah terpisah dari badannya.

L terus berlari keluar dari tandas dan menujuk ke pintu keluar rumah itu tapi ketika L sedang turun dari tangga dalam keadaan tergesa-gesa. Dia terjatuh di tangga itu. Ketika dia di lantai selepas jatuh, L ternampak tangan yang putus di celah2 tangga itu. L terus bangun dan berlari ke arah pintu keluar di belakangnya.

Apabila L keluar dari rumah itu dia menjerit pada perempuan yang suruh dia masuk itu.

L: Wey! Kepala sapa kat dalam mangkuk tandas itu dan tangan sapa kat celah2 tangga itu?

Perempuan: Itulah mak saya. Awak tolong selamatkan mak saya (menangis-nangis)

L: Apa!? Kalau keadaannya macam itu! Awak kena telefon ambulan atau polis!

Perempuan: Saya tak nak tahu semua itu. Saya cuma nak mak saya kembali sebab saya cuma ada dia. Awak tolonglah.

Tanpa banyak cakap, L terus pergi ke telefon awam yang berdekatan. L Tunggu ambulan dan polis bersama perempuan itu. Semasa menunggu perempuan itu tidak berhenti-henti menyuruh L selamatkan emaknya.

Sebaik saja ambulan dan polis sampai, L menceritakan semuanya kepada polis dan orang di dalam ambulan. Pekerja di dalam ambulan membawa kepala, tangan, kaki dan sisa2 banda mak perempuan itu ke dalam ambulan.

Sebaik sahaja mayat mak perempuan itu di bawa masuk ke dalam ambulan, perempuan itu terus menjerit sampaikan L terpaksa pegangnya.

Di hospital perempuan itu masih lagi menangis dan L bertanya.

L: Apa nama awak?

Perempuan: Na...nama saya Suzy. (cakap sambil menangis)

L: Dahlah tu jangan nangis dah.

Suzy: Ta...tapi saya cuma ada dia sahaja. Saya tak ada sesiapa dah selain dia.

L terus terdiam apabila Suzy berkata begitu.

L: Hmmm... Apa kata awak tinggal dengan saya?

Suzy: Tak nak! Mak saya tak kasi saya tinggal di rumah orang lain.

L: Jadi awak nak tinggal dekat mana!?

Suzy terus terdiam

L: Awak tak ada sesiapa dah, kan? Jadi awak nak tinggal dekat mana?

Suzy masih terdiam dan pandang lantai.

L: Marilah tinggal dengan saya, ya?

Suzy: Hmmm (mengangguk)

L membawa suzy ke rumahnya. Setiba di rumah, L membuka pintu rumah dan tiba2 mak L muncul di depannya dan memarah L.

Mak L: Tadi pihak sekolah telefon mak. Mereka cakap L tak pergi sekolah.

L terkejut dan baru sedar yang sesi persekolahan sudah pun tamat. L memandang Suzy dan Suzy memandang L.

                                                                 TO BE CONTINUED
[ 0 comments ]