Tuesday, July 30, 2013

Berita terkini ada satu kebakaran terlah berlaku di bangunan berhampiran Gangnam. Sekarang ini lebih kurang 21 cedera dan 8 orang rentung dijilat api. 
Tiba2
Eh, tengok dekat atas itu *Camera zoom di bahagian koridor bangunan* Nampaknya ada sebuah keluarga yang hendak terjun dari bangunan tu. Jumpa keluarga ialah 3 orang ibu,ayah dan mungkin bayi itu anak mereka. *tiba2 keluarga kita terjun dari koridor yang bertingkat ankaran 23* Wey2  cepat cuma sambut diorang atau buat je apa2 supaya mereka selamat! 

Tapi malangnya Keluarga yang terjun tidak sempat diselamatkan dan temui ajal di jalan raya yang mereka terjun.

Setakat ini jumlah kematian ialah 11 orang. Nyawa manusia sekejap sahaja melayan dan pergi begitu sahaja. Ini sahaja berita sedakat ini. Saya pemberita anda Rome dari SBC.

Juru kamera: Okey tamat siaran. *pandang ke arah muka Rome* Wey kau ok ke bro?

Rome: Hmmm, wey Zico kau tolong aku boleh tak?

Zico: Tolong apa?

Rome: Aku nak ambil cuti, dah lama gila kot. Dah 2tahun lebih aku tak balik jumpa dengan isteri dengan anak aku.

Zico: Ooo, kau cubalah minta cuti dekat bos itu pun kalau berjayalah hore2.

Rome: Aku betul2 ni. Tolonglah aku ya, ini kali pertama kot aku minat tolong kau.

Zico: Dah2, apa2 pun kita cuba fikirkan macam mana dekat pejabat nanti okey.

Rome: Yelah.

Rome dan Zico beredar dari tempat kejadian menaiki van SBC.

Di Pejabat.

Rome: Cepatlah Zico fikirkan caranya.

Zico: Jomlah ikut aku.

Rome: Pergi mana pulak?

Zico: Laah pergi jumpa bos lah

Rome: Kau gila!!???

Zico: Jangan risau, aku teman kau. Jomlah. Kau nak cuti kan/

Rome: Yelah2 Jom

Di dalam bilik Bos.

Rome: Bos saya nak minta cutilah. Yelah selama saya bekerja ni saya tak pernah dapat cuti. tolonglah bos. Saya rindu dekat keluarga sayalah.

Bos: Tak payah nak buat2 sedihlah. Apa kau nak buat kalau aku tak nak beri kau cuti?

Rome: Bos nak mulakan perang ke?

Bos: Kalau kau berani.

Rome: Jangan mencabar. Buruk padahnya.

Bos: Kalau kau betul2 berani *pandang ke mata Rome* buktikanlah.

Kedaan terus menjadi renggan akibat ini. Zico yang tak tidak bersalah menjadi orang tengah.

Zico: Sudah2. Bos beri jelah cuti dekat Rome tu, kesian dia dah lama tak jumpa keluarga.

Bos: Bukankah bini si Rome ni seorang yang teruk. Suka berseronok dan lupakan tanggungjawab dia dan anak dia pulak bukan sayang sangat bukan dekat ayah dia kan. Kalau aku jadi kaulah dah lama aku lupakan keluarga yang macam tu.

Rome yang geram mula berkata

Rome: Bos betul2 nak gaduh ke ni?

Bos: Kau fikir kau dah kerja 3 tahun kau tu penting sangat. Kau kena ingat kau tu cuma anjing yang diikat oleh aku je.

Rome terus hilang sabar dan pergi ke arah bos lalu menumbuk dia.

Zico yang terkejut terus jerit.

Zico: Rome! Kau dah gila ke! *pergi ke arah rome dan cuba tenangkannya". Sudah2.

ROme tak nak kalah.

Rome: Lepaskan.

Zico lepaskan Rome.

Rome: Kau dengar sini ya orang tua yang nak mampus. Aku memang bodohlah sebab habiskan waktu aku selama 3 tahun ni semata-mata untuk kau. Aku menyesal dan dengan ini *keluarkan past SBC dari poket baju* aku berhenti bekerja. *berkata ketika bos sedang terduduk dilantai akibat ditumbuk*

Rome terus keluar dari bilik tapi sebelum dia keluar dia berkata.

Rome: Oh sebelum aku terlupa. Kau orang tua *berkata kepada bos* semoga cepat masuk dalam tanah ya.

Zico yang terkejut dengan apa yang terjadi terus terdiam dan kaku di sana.

Rome terus keluar dari pejabat dalam keadaan marah dan masuk ke dalam keretanya. Rome memandu kereta pulang ke rumahnya untuk berjumpa dengan keluarnya. Berjalanan untuk pulang ke rumahnya memakan masa selama 3jam kerana rumahnya sangat jauh dari pejabatnya. 

DI dalam kereta. Rome yang bosan pasang radio.

"Berita terkini dikawasan Soul sekarang ini penuh dengan jerebu. Ramai yang masih tertanya-tanya dari manakah datangnya jerebu ini. Berita lainya di Seoul tiba2 sahaja ada di antara orang awam yang tiba2 pengsan. Kes ini terlah berlaku kepada 23 orang yang tiba2 sahaja pengsan dan dikejarkan ke hospital"

Dengar sahaja berita dari radio itu. Rome terkejut

Rome: Seoul? Itu kawasan rumah aku! Tapi tak ada pulak aku dengar jerebu dekat sana. Apa punca jerebu tu?

Tiba2 radio kereta ROme tidak berfungsi dan mati sendiri.

Rome: Eh? apahal pulak radio ni? Tiba2 je mati. Haaaaaa seteres aku!

Rome yang bosan terus bawa kereta dengan lajunya.

Di pertengahan jalan. Kereta terpaksa masuk kedalam jerebu.

Rome: Huuuu tebalnya jerebu ni tak nampak apa2 lansung. Betul2 dah had penglihatan ni. 

Rome bawa kereta secara perlahan-lahan takut berlanggar dengan kereta lain.

Selepas 12 minit.

ROme: Eh? Aku sorang je ke guna jalan raya ni? Aku tak nampak mana2 kereta pun ni.

Semakin lama semakin laju Rome membawa kereta kerana dia tak nampak mana2 kereta selain kereta dia.

Rome: Huuuu keadaan yang sebegini nampaknya telah membuatkan aku lelaki terakhir di dunia ini muhahahaha *bawa kereta sambil gelak*. Lihatlah dunia! Akulah lelaki terakhir di dunia ini muhahahahahha.

Sedang2 Rome membawa kereta tiba2 "PANKKK" tayar kereta Rome meletup.

Rome keluar dari keretanya dan periksa tayar.

Rome: Alahai. Time2 macam ni pulak tayar ni buat masalah, dahlah aku tak bawa tayar yang lain. Seteres aku.

Rome pandang keliling yang dipenuhi dengan jerebu.

Rome: Macam mana ni, nak jalan je atau tunggu kereta lain lalu? *bertanya kepada diri sendiri*. Eh? *baru sedar* akukan lelaki terakhir di dunia, mana ada kereta yang lalu dah muhahahhaha 

Jadi dengan itu Rome memutuskan untuk tinggalkan keretanya dan berjalan sahaja untuk pulang ke rumahnya. Sedang Rome jalan2 tiba2 rome ternampak papan tanda

Rome: Eh macam kenal je papan tanda tu. *pergi ke arah papan tanda dan membacanya* "Seoul hanya 1KM sahaja". Yes 1KM sahaja lagi. AKu boleh berjumpa dengan anak aku.

Berlari dengan lajunya untuk pulang ke rumah. Baru 20 minit Rome sudah terbaring di jalan raya akibat terlalu penat.

Rome: Waaaaa jauhnya. Eh *ternampak banyak kereta yang dikosongkan.* Apahal dekat depan jambatan tu banyak kereta kosong pulak tu?

Rome pergi ke arah kereta2 kosong tu dan memeriksan didalam kereta sama ada masih ada orang atau tidak.

Rome: Apa dah berlaku sebenarnya ni? Kenapa tak ada sapa2 dalam kereta ni? Tak akan sebab kenapa tak ada sapa2 guna jalan raya tadi ialah disebakan mereka nak letak kereta dekat depan jambatan ni? *tertanya-tanya*

Sedang Rome memeriksan satu persatu kereta tu, Rome ternampak satu kereta yang kuncinya masih lagi berada di dalam kereta lalu Rome pun masuk ke dalam kereta itu tanpa teragak-agak. Rome cuba menghidupkan enjin kereta itu. Kereta itu berjaya dihidupkan.

Rome: Eh tak baik pulak curi kereta orang lain ni *pandang kamera* tapi ada aku kesah, muhahahahhaha 

Rome terus pandu kereta itu untuk pulang ke rumahnya itu.

Akhirnya Rome pun sampai ke rumahnya dengan kereta yang dia curi itu. Rome keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumah dengan tergopoh-gapah kerana ingin memeranjatkan anaknya dan isterinya di rumah.

Rome masuk ke rumahnya terus menjerit. "Polis! FBI, semua angkat tangan!" *bercakap sambil mengunakan payung di luar rumahnya sebagai pistol* tapi sayangnya rumahnya juga kosong. Tiada sapa di rumahnya termasuklah jiran2 dan kawan sekelilingnya.

Rome: Waaa mana semua orang ini *hentak2 kaki*. Rome tengok ke tingkap rumahnya dan ternampak ada seseorang yang berada di luar rumahnya. Rome hendak ke luar dari rumahnya dan bertanya kepada orang itu beberapa soalan tertapi niat Rome terhenti bila dia terasa curiga terhadap orang yang berada di luar rumahnya. Bila Rome pandang balik ke tingkap untuk melihat orang itu. Rome ternampak mulutnya penuh dengan darah dan matanya merah. Orang itu seperti sedang tercari-cari sesuatu. Orang itu jalang seperti tangannya patah. Orang itu pandang ke arah tingkap rumah Rome dan Rome terus terduduk.

Nasib baik disebabkan Rome terduduk itu, Rome bejaya membuatkan orang itu tidak perasan akan kehadiran Rome.

Rome: Apahal pulak dengan orang tu? Orang cacat ke? Mulut berbuih-buih sampai aku tak dapat nak cam sama ada dia perempuan atau lelaki.

Sedang Rome bercakap sorang2 tiba2 tingkap rumahnya diketuk oleh seseorang.
Rome pun......


                                                               TO BE CONTINUED
[ 0 comments ]