Tuesday, October 15, 2013

Chanyeol: Sekarang ini kita jangan banyak cakap dan kita selesaikan pekara ini sekarang juga

Chanyeol dan Rome memancutkan pistol dihadapan muka masing2

Tiba2

Jijah: Berhenti!!!!

Chanyeol dan Rome terus terkejut dan pandang ke arah Jijah.

Jijah: Bapak janganlah berlawan dengan abang Chanyeol! Abang Chanyeollah yang jaga Jijah selama bapak tak ada.

Chanyeol: Kejap2, mamat ni (tunjuk ke arah Rome) ialah bapak Jijah? Mamat ni ke yang Jijah kata lelaki yang paling bangang di dunia ini? Muka macam babun je aku tengok.

Rome: Hoi!! Siapa muka macam babun dan siapa yang bangang haa? Akulah lelaki yang paling hensem dan paling bijak di dunia ini kau tahu tak!!

Jijah mencelah

Jijah: Bapak dah beli hadiah untuk ulang tahun perkahwinan bapak?

Rome: Alamak bapak terlupa!

Jijah tergelak sendiri

Rome: Eh sekejap (baru teringat) ulang tahun perkahwinan bapakkan 5 bulan lepas!

Jijah dan Chanyeol terus tergelak dengan kata2 Rome itu.

Chanyeol: Okey, dah terbukti bahawa bapak Jijah memang lelaki yang paling bangang dan juga tak sedar diri. Tarikh perkahwinan pun boleh lupa.

Rome: Sudah2 kembali ke topik asal (muka merah akibat malu)

Chanyeol: Hahaha okey2 (tak boleh berhenti dari gelak). Kalau macam tu kita berdamailah pak cik babun hahah (gelak lagi).

Rome: Kan aku dah kata aku bukan babun! Tapikan macam mana Chanyeol boleh jaga Jijah pulak? Dan kenapa sekolah ni sunyi sangat?

Chanyeol: Biar saya terankan macam mana saya boleh berjumpa dengan Jijah dulu. Masa tu keadaan dekat sini dah mula huru hara akibat virus dari jerebu yang dinamakan sebagai Virus Hipotisismolesis. Sapa sahaja yang terkena virus tu otak dia akan hilang kawalan lalu menukarkan dia kepada zombie

Rome: Zombie? Maksud kau manusia yang makan manusia.

Chanyeol: Yap, orang yang terkena virus tu mula2 dia akan berasa pening lalu mata akan bertukar ke warna merah dan akhirnya dia hilang kawalan dan mulut berbuih.

Rome: Ooooo patutlah masa aku sampai rumah pagi tadi, ada orang masuk dekat rumah aku dan lepas tu nak gigit aku.

Chanyeol: Lepas tu pak cik buat apa dekat dia?

Jijah: A ah bapak buat apa dekat dia?

Rome: Hmmm bapak termasukkan payung dekat mulut dia dan lepas tu bapak terbuka...... *tak habis cakap*

Jijah dan Chanyeol: Lepas tu?

Rome: Lepas tu kepala orang tu pecah akibat bapak buka payung tu.

Jijah: Kejamnya bapak.

Chanyeol: Wooooo boleh tahanlah pak cik babun, cayalah.

Rome: Kan aku dah kata jangan panggil aku pak cik babun lagi!

Chanyeol: Haha okey2. Balik ke cerita tadi, disebabkan virus tulah saya datang ke sini untuk cari ayah saya. Ayah saya cakap dia nak datang ke sekolah rendah ni sebab dia ada urusan kerja sikit dengan guru besar tapi bila saya sampai dia tak ada dekat sini dan macam tulah saya boleh terjumpa Jijah. Masa tu Jijah tengah duduk sorang2 dekat dalam kelas.

Rome: Kenapa Jijah duduk sorang2 dekat dalam kelas?

Jijah: Jijah tunggu mama tapi mama tak datang pun, sampai sekarang mama tak datang.

Rome: Oh ya, mama ada call bapak, dia kata dia ada kerja yang penting perlu diselesaikan jadi dia suruh rakan sekerja dia jagakan Jijah. Dia tak datang ke?

Jijah: Yang tu sebenarnya.....

Rome: Kenapa *tertanya-tanya-*

Chanyeol: Yang sebenarnya virus ni bermula dari perjabat isteri pak cik.

Rome: Apa maksud kau?

Chanyeol: Isteri pak cik pekerja dekat pejabat Office extraction using a new ingredient chemicals kan? ( Dalam bahasa melayunya- Pejabat penhasilan ramuan baharu menggunakan bahan kimia)

Rome: Yap

Chanyeol: Ada seorang saintis yang tersalah masukkan bahan kimia ke dalam ramuan sehingga membuatkan ramuan itu menjadi racun lalu merebak kepada semua orang melalui jerebu dan menjadi virus

Rome: Habis tu! Macam mana dengan isteri aku?

Chanyeol: Jangan tanya akulah, aku bukan jaga tepi kain orang pun. Disebabkan kejadian nilah sebab utama kenapa aku jaga Jijah sampai sekarang.

Rome: Sampai sekarang? Bukankah virus ni masih baharu lagi kan? Sebab aku dengar radio pagi tadi,jerebu ni masih baru dia kata.

Chanyeol: Itu semua kerja kerajaan. Dia tak nak nama negara jatuh dan tak nak huru-harakan keadaan. Sebenarnya virus ni dah lama merebak sejak 7 bulan lepas lagi.

Rome: Ah? 7 bulan lepas?  Tapi kenapa dekat daerah Gangnam tak kena pun virus ni.

Chanyeol: Itu sebab kerajaan berjaya menyekat virus ni daripada keluar dari daerah Seoul. Tapi tak lama, mungkin lagi beberapa hari, virus ni akan merebak ke kawasan lain juga.

Rome: Ooo, tapi dekat dalam radio yang aku dengar tu, dia kata ada beberapa orang yang pengsa dan dibawa ke hospital tu kenapa pulak?

Chanyeol: Mereka itu adalah antara orang yang terawal yang terkena virus zombie ni.


Rome: Nampaknya kita tak boleh duduk dalam bilik ni je. Kita kena keluar jugalah.

Chanyeol: Betul cakap pak cik tu, kita kena keluar juga walaupun terpaksa berlawan dengan zombie2 tu.

Rome: Tapi kita nak pergi mana?

Chanyeol: Tak silap akulah kan. Dekat sebelah sekolah rendah ni ada sekolah menengah kan? Jijah ada tak?

Jijah: A ah, ada.

Rome: Kau nak buat apa dekat sekolah tu?

Chanyeol: Kalau sedakat kita bertiga sahaja, kemukinan besar kita akan mati bila keluar dari sini adalah besar. Jadi kalau boleh kita cuba cari lagi manusia yang masih hidup dekat kawasan ni.

Rome: Dan lepas tu ajak mereka sertai kita.

Chanyeol: Bingo.

Rome,Jijah dan Chanyeol keluar dari bilik ICT dan menuju ke sekolah menengah yang berada di sebelahnya. Tapi di dalam perjalan mereka berhenti ketika mereka berada di tempat letak kereta.

Jijah: Kenapa bapak dengan abang Chanyeol berhenti?

Rome: Cuba Jijah tengok depan tu

Di depan mereka penuh dengan zombie yang berjalan-jalan seperti tiada ala-tuju.

Chanyeol: Cepat!

Rome dan Jijah: Cepat apa?

Chanyeol: Cepatlah lari, pergi dekat sekolah menengah depan tu. Korang boleh nampak kan?

Rome: Yap, kami boleh nampak.

Chanyeol: Jadi pergilah cepat. Biar aku yang tarik perhatian zombie2 tu.

Rome: Ok2, Jijah jom kita pergi.

Rome dan Jijah pun beredar dari situ dan berlari ke arah sekolah menengah dengan perlahan-lahan.

Pummm!!! *bunyi tembakkan yang dilepaskan oleh Chanyeol*

Chanyeol: Marilah zombie2

Semua zombie yang medengar bunyi tembakkan itu, berlari ke arah Chanyeol.

Chanyeol: Ok lest play the game.

Di hadapan Chanyeol sekarang ni ada lebih kurang 14 zombie yang tengah berlari ke arahnya. Chanyeol tembak 10 orang zombie dengan menggunakan pistolnya, tapi malangnya.

Chanyeol: Tak guna peluru habis pulak

Di hadapannya ada lagi 4 zombie yang sangat dekat dengannya.

Chanyeol: Kau fikir semudah tu je kau boleh gigit aku, nak ni makan dia *hentak kepala zombie dengan pistol yang dipegangnya*

Tetapi ada lagi 3 zombie yang betul2 di sebelahnya. Chanyeol memang tidak sempat untuk mehalang ketiga-tiga zombie itu daripada mengigitnya.

Tiba2.

Pumm pumm pumm *bunyi tembakkan*

Ketiga-tiga zombie jatuh sambil kepala berdarah akibat ditembak oleh seseorang.

Chanyeol berasa keliru dan dalam masa yang sama berasa gembira kerana selamat. Chanyeol terus berlari ke arah sekolah menengah kerana takut zombie2 itu bangun semula tau zombie2 lain mengejarnya. Sambil lari Chanyeo pandang ke arah tingkap sekolah menengah dan Chanyeol ternampak ada dua orang yang baru sahaja beredar dari tingkap tu seolah2 baru sahaja menengok keluar tingkap.

Pada masa yang sama.

Rome dan Jijah selamat tiba di sekolah menengah tapi mereka tak dapat masuk kedalam kerana dihalang oleh seorang zombie yang sedang berjalan-jalan di hadapan pintu masuk.

Rome: Macam mana ni? *berkata dengan suara yang perlahan*

Jijah: Kan bapak ada pistol, tembaklah.

Rome: Tak boleh, nanti bunyi bising.



Cerita ini  ditanguhkan kerana penulisnya malas nak meneruskan menulis.



                                                TO BE CONTINUED
[ 0 comments ]